cetusan nurani

Monday, April 23, 2007

BARU

saya telah berpindah ke http://www.fatinfaseeha.blogspot.com.
laman ini TIDAK akan ditutup sebagai tanda kenang-kenangan.

Sunday, April 22, 2007

HIJRAH

Mulai hari ini, saya tidak lagi menggunakan blog ini. Saya dalam perancangan untuk berpindah ke blog baru. walaubagaimanapun, blog ini masih dikekalkan sebagai kenang-kenangan. laman web baru untuk ke blog baru saya akan diberitahu kemudian.

SALAM PERPISAHAN

PUTIH TAK SEMESTINYA SUCI

Thursday, April 19, 2007

SYUKUR

BM........1A
BI..........1A
PAI........1A
SJ..........1A
MM.......1A
MT........1A
FZ.........2A
KM.......2A
EST.......2A
BIO.......4B

walaupun tidak mendapat straight A's , saya berasa amat puas hati kerana berjaya menangkis perasaan takut saya andai kata mengulangi keputusan buruk dalam peperiksaan percubaan yang lalu ( saya pernah menulis mengenai keputusan peperiksaan percubaan saya dalam blog ini suatu masa dahulu). yang pasti, kegagalan itulah yang menguatkan semangat saya untuk bangkit semula. Bagi saya, tiada ruginya untuk gagal kerana saya telah menemui erti kegagalan itu sendiri : ya, sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya. Orang yang tidak pernah gagal tidak akan dapat merasai betapa indahnya bangkit dari kegagalan, bangkit dari mimpi ngeri dan bangkit dari kealpaan.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memberi sokongan moral kepada saya. Saya juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk memasuki kolej matrikulasi negeri sembilan.

SALAM KEBAHAGIAN


DUNIA ADALAH SEKEPING KANVAS,
MANUSIA ADALAH PELUKISNYA.

Sunday, January 14, 2007

TAHUN BARU, AZAM BARU ?

Selamat menyambut kehadiran tahun baru 2007 walaupun saya mengucapkannya pada hari ke-15. Bagi saya, permulaan tahun 2007 tidak ada bezanya dengan permulaan tahun- tahun terdahulu. Manusia akan tetap mengungkapkan azam-azam baru, tidak kurang juga yang berharap azam-azam lama dapat dilunaskan dengan segera.

Wah, anda juga tentu mempunyai azam baru bukan? Tentu kala ini jiwa anda berkobar-kobar untuk membuka dimensi baru bagi tahun ini. Saya hormati apa yang anda lakukan tetapi ITU BUKAN SAYA. Saya pelik dan kadangkala berfikir sendiri mengapa saya tidak mempunyai sebarang azam tahun baru. Sebenarnya, saya mempunyai pandangan sendiri mengenai apa itu azam. Saya memberi definisi peribadi mengenai istilah azam tersebut.

APA ITU AZAM BAGI SAYA?

Secara peribadi, saya menganggap azam adalah sesuatu yang kita inginkan tetapi hampir 99% daripada azam tersebut mustahil untuk menjadi kenyataan. ya, MUSTAHIL. Kerana jarang ada insan yang menanam azam berdasarkan kemampuan mereka. Azam yang dibuat sepatutnya menepati jangkauan diri kita sendiri. Janganlah kita memandang terlalu jauh sehingga kita sendiri ragu-ragu dengan kemampuan diri. Cuba anda bayangkan jika seorang pakar komputer berazam untuk menjadi seorang penggali kubur , tentu pelik bukan? Ironinya, kitalah pakar komputer tersebut. Tanpa kita sedari, kita seringkali menanam azam setinggi gunung tetapi usahanya secetek lautan mati. Jangan nafikannya! Ingat, kerugian paling besar bagi seorang manusia ialah apabila mereka menipu diri mereka sendiri.

Untuk tahun 2007, situasinya tetap sama. Saya masih lagi FATIN FASEEHA yang dulu. Tiada azam melingkari kehidupan saya . Cuma, impian itu datang tatkala saya mahukan sesuatu dan usaha drastik akan saya lakukan sesaat selepas saya mengimpikannya. Saya tidak menyuruh anda meniru cara saya, cuma renungkanlah, banyak masa kita terbuang untuk menanam azam yang sia-sia.

TUTUP MATA ANDA, RENUNGKAN SEJENAK APA YANG ANDA DAPAT SELEPAS JUTAAN AZAM YANG ANDA BINA?

JADILAH SESIAPA YANG ANDA MAHU TAPI IMPILAH APA YANG ANDA MAMPU

sedikit BUKAN BERMAKNA miskin, BANYAK bukan bermakna KAYA

SALAM TAHUN BARU

Tuesday, December 26, 2006

BERAKHIRLAH SEBUAH PERJUANGAN

Tanpa saya sedari, detik berlalu semakin pantas. Hampir sebulan lamanya saya meninggalkan meja plastik berwarna biru di dewan peperiksaan SPM. Segalanya telah menjadi sebuah sejarah yang bernoktah. Bagi saya, apa yang saya usahakan selama ini telah sampai ke titik akhirnya. keputusan SPM yang bakal diumumkan suatu hari nanti, biarlah dilupakan seketika kerana saya benar-benar ingin melapangkan fikiran saya yang runsing ini.

Mengapa fikiran saya runsing? sebenarnya, sejak bermulanya cuti persekolahan , saya diheret pelbagai masalah. Saya sendiri yang mencipta permasalahan tersebut.Saya sedar dan yakin bahawa segalanya berpunca daripada diri saya sendiri tetapi mengapa SAYA??

Agaknya, saya lebih selesa berada disekolah. Walaupun semua orang beranggapan cuti adalah masa paling berharga untuk dihabiskan di rumah sendiri, saya pula memilih untuk berada di sekolah. Malangnya, saya tidak mungkin digelar pelajar sekolah lagi atas dasar usia yang semakin menginjak dewasa.

Oh, tidak mengapa, biarlah segalanya ditentukan masa. Kepada yang membaca, sudilah kiranya mendoakan kejayaan saya dalam SPM tahun ini.

SALAM KESUNYIAN

Friday, November 03, 2006

MAMPUKAH KITA CAPAI CITA-CITA KITA?

Apabila berbicara tentang cita-cita atau impian, ramai diantara rakan-rakan saya memilih untuk mengatakan ketidakpastian mereka tentang apa yang mereka mahukan, tidak kurang juga yang meletakkannya sebagai satu takdir yang ditentukan. Ada juga yang mengatakan mereka benar- benar ingin menjadi apa yang mereka mahukan-satu jawapan yang cukup membuatkan saya tabik hormat kepada mereka. tahniah kepada yang terlibat!!

realitinya, cita-cita itu memang merupakan satu fantasi semata, memang tidak salah bagi kita untuk ragu-ragu mengenainya. saya sendiri pernah merasai perasaan yang sama. ya, diulit monolog-monolog yang bertanyakan tentang cita-cita. namun kini, saya sedar, malah saya PASTI, saya sudah mempunyai target yang jelas sebagai cita-cita saya.apa agaknya cita-cita saya?

mari kita selusuri dahulu personaliti saya pada kaca mata seorang pengkaji personaliti terkenal tanah air mengikut bulan kelahiran saya :

JULAI
  • Sangat seronok didampingi
  • Agak pendiam kecuali diransang
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  • Berjiwa sentimental
  • jarang berdendam
  • mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  • tidak suka benda remeh-temeh
  • membimbing cara fizikal dan mental
  • sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • layanan yg serupa dgn semua orang
  • tinggi daya simpati
  • pemerhatian yg tajam
  • suka menilai org lain dgn pemerhatian
  • mudah dan rajin belajar
  • suka munasabah diri
  • suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
  • suka mendiamkan diri
  • suka duduk dirumah
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif kecuali terpaksa
  • lemah dari segi kesihatan perut
  • mudah gemuk kalau tak kawal diet
  • minta disayangi
  • mudah terluka hati tapi lambat pulih
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja

Nah, setelah anda mengkaji personaliti tersebut, adakah anda merasakan keputusan saya untuk menjadi seorang pelajar perundangan adalah tepat? saya merasakan dari hati kecil saya yang saya boleh kerana saya amat meminati bidang tersebut. namun, dalam masa yang sama, saya masih meletakkan segalanya kepada Yang Maha Esa kerana Dia yang menentukan akar kehidupan saya.

Jika kita berniat untuk melakukan sesuatu, InsyaAllah akan mangkabulkannya

JALAN MENCAPAI IMPIAN ADALAH USAHA DAN SIMPANGNYA ADALAH DOA-DOA

Wednesday, September 20, 2006

TAWA DALAM DUKA

saya akan mengingati tarikh ini sebagai satu hari yang telah memalitkan satu pengalaman hitam ke jiwa serta nurani saya. ya, satu lagi. SAYA MEMPEROLEH C UNTUK KERTAS BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM YANG MERUPAKAN SUBJEK KEGEMARAN SAYA. seingat saya, saya tidak pernah mendapat keputusan sebegini teruk malahan sentiasa mendapat A pada setiap peperiksaan. saya berasa AMAT sedih kerana banyak rakan sebaya saya yang mengatakan bahawa keputusan percubaan SPM amat penting kerana merupakan titik tolak sama ada saya diterima atau tidak ke matrikulasi.

saya begitu berterima kasih kepada 2 orang guru bahasa melayu saya yang begitu memahami saya. mereka tidak memarahi saya malah menggunakan pendekatan untuk berbincang sengan saya secara persendirian. saya akan jadikan pengalaman hari ini sebagai pembuka semangat untuk tidak melakukan kesalaha-kesalahan BODOH lagi. saya sedar yang saya terlalu yakin sehingga tidak sedar yang saya melakukan kesilapan yang besar. itu salah saya. saya menyalahkan diri sendiri dan diri inilah yang perlu berubah. ya ," FATIN FASEEHA , kau mesti kuat, yakin, dan berhati-hati".

sebenarnya , dalam duka ini, saya bersyukur. kerana saya mula menunjukkan peningkatan dalam subjek kimia, biologi dan bahasa inggeris. lebih-lebih lagi untuk subjek kimia kerana saya mendapat A buat kali pertama. alhamdulillah. namun, ini bukan bermakna saya boleh menarik nafas lega serta bersenang lenang. kerana, kesenangan sentiasa memerangkap kita. saya sudah melaluinya. ya, baru sahaja melaluinya. saya benar-benar berharap, saya akan mencipta satu kemenangan dalam SPM . insya ALLAH.

JANGAN MENGALAH PADA SAAT-SAAT AKHIR KERANA KITA AKAN BENAR-BENAR KALAH.

salam tawa dalam duka