cetusan nurani

Saturday, August 19, 2006

PERSAINGAN

Untuk peperiksaan percubaan SPM kali ini, saya berazam untuk berusaha sehabis daya. soal berjaya atau tidak itu belakang kira. kerana saya sedar kini, qada dan qadar itu kuasa Illahi.apa yang penting, diri saya sendiri tahu, usaha yang saya telah lakukan.
Saya amat berminat apabila wujud persaingan yang sihat apabila bermulanya peperiksaan. malah, saya seboleh-boleh ingin menjadi 'pemain utama' dalam persaingan tersebut. mungkin sikap ini datang atas pengaruh rakan-rakan sekolah rendah saya yang cukup hebat kekuatan mental mereka. saya amat bersyukur kerana semangat bersaing ini saya bawa sehingga sekarang.
Namun, apa yang menjadi masalah, apabila tiada persaingan yang sihat berlaku. dan inilah kepayahan yang terpaksa saya hadapi sekarang. saya tidak berminat dengan rakan-rakan(segelintir) yang terlalu ghairah mahu menjadi terbaik, merungut itu dan ini, serta mengganggu ketenteraman emosi saya. bagi saya, apa yang kita usahakan, itulah harga yang kita bayar. dan apa yang kita peroleh atas usaha itu, adalah pulangan yang kita peroleh daripada bayaran itu tadi. tiada yang lebih, dan tiada yang kurang.
Apa yang menyedihkan, apabila wujud individu yang terlalu melebih-lebih. begitu menjelekkan.mereka malas berusaha,(mungkin juga rajin berusaha, cuma malas untuk berusaha lebih), tetapi menginginkan pulangan yang berlipat kali ganda. ibarat orang yang membayar puluhan ringgit untuk membeli cincin emas jutaan ringgit bukan?
Saya berharap, agar insan-insan sebegini menyedari hakikat bahawa, segalanya bergantung pada diri kita sendiri. kita yang menolong diri kita. jika kita mahukan sesuatu, tanyalah pada diri, jangan libatkan orang lain untuk memberikan keputusan .mugkin, sikap kita yang sebegini, membuatkan orang disekeliling kita kurang selesa .
SAYA ADALAH APA YANG SAYA FIKIRKAN.

salam jatidiri

Friday, August 04, 2006

NASIB MALANG


pernahkah anda mengalami nasib malang yang berterusan? seminggu ini, malang hadir bertimpa-timpa dalam hidup saya. saya amat tertekan sepanjang minggu ini. pada hari khamis yang lepas, saya ditahan oleh guru disiplin kerana lewat masuk ke dalam kelas. saya dirotan di tapak kaki dan terpaksa masuk lewat ke dalam kelas. lebih menyedihkan, guru matematik saya telah memgadakan satu ujian matematik. saya terpaksa masuk lewat ke dalam kelas kerana ditahan dan tidak dapat membuat ujian tersebut dengan baik. saya berasa amat sedih sehingga mengalirkan air mata. ikhlas, inilah kali pertama saya dirotan oleh guru disiplin.

sebenarnya, saya ingin mengutarakan pendapat tentang sikap guru disiplin tersebut. saya kira tulisan saya ini tidak mendatangkan masalah kepada sesiapa kerana ini hanyalah secebis pendapat. sebenarnya, apabila manusia diberi peluang untuk membuat keputusan, kita perlulah berfikir secara rasional. dalam kes saya, saya masuk lewat kerana terpaksa beratur panjang di dalam tandas kerana dua tandas sahaja yang boleh digunakan di sekolah saya. saya tak sempat sekalipun menjamah makanan di kantin kerana saya tahu saya mungkin tidak sempat naik ke kelas pada waktu yang ditetapkan. setelah saya selesai menunaikan hajat, saya ditahan.

apa yang mendukacitakan saya, saya tidak diberi peluan untuk mengutarakan alasan saya yang saya rasa kukuh. guru disiplin tersebut berkata bahawa "cepat pergi sana, jangan buang masa saya". guru tersebut lebih mementingkan masanya tanpa memikirkan masa saya yang terbuang. saya mengeluh. atas dasar menghormati guru, saya terima sahaja hukuman tersebut walaupun saya tidak bersalah.


hadis RASULULLAH menyebut,
2/3 peguam atau hakim akan masuk neraka
salam keadilan