cetusan nurani

Friday, September 15, 2006

SAYANG MENYAYANG

saya yakin, hidup setiap individu di muka bumi ini dilingkari kasih sayang. sama ada menyayagi atau disayangi, kasih sayang seolah-olah darah daging bagi makhluk bergelar manusia.malah, saya sendiri tidak menolak perasaan kurniaan ILAHI yang amat indah ini.

sebenarnya, saya ingin mengemukakan komen mengenai cara manusia mengatasi masalah berkaitan dengan kasih sayang. fokus yang paling mudah dan mungkin berkait rapat dengan semua orang ialah percintaan. tidak kiralah berapa tua usia anda, berapa matang pemikiran anda serta setinggi mana ilmu pengetahuan anda, orang yang bercinta memang tidak boleh lari daripada masalah.betul kan? mungkin itulah asam garam percintaan.siapa tahu?

apa yang ingin saya katakan ialah, sebenarnya, orang yang sedang bercinta perlu "mengikut rentak" masalah yang menimpa mereka. jangan terlalu memikirkan perkara tersebut kerana tekanan mega mungkin menimpa anda. ketahuilah, masalah itu ada hikmahnya.cuba tenangkan diri, ingat saat-saat indah bersama dan jangan terlalu mengikut emosi.

ketahuilah, saat anda mula berbaik semula selepas bertelingkah adalah saat yang amat manis sekali. oleh itu, ikutlah rentak kerana kelak, anda sendiri yang tersenyum puas.

SALAM SAYANG

0 Comments:

Post a Comment

<< Home