GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMANYA
Gagal? mungkin ramai di luar sana takutkan kegagalan. tipu untuk saya katakan bahawa saya bergembira apabila gagal.namun, ada pelbagai peristiwa dalam hidup saya terjadi berpaksikan kegagalan lalu. sebagai seorang pelajar yang sememangnya mencintai ilmu, saya akui kegagalan adalah guru yang paling berguna. kegagalan pertama dalam hidup saya bermula apabila saya gagal mendapat 5A dalam UPSR. ya, mungkin anda berasa meluat melihat perangai saya tetapi itulah saya.saya masih ingat lagi semasa saya balik ke rumah dan menangis hambir seminggu lamanya dengan keputusan 3A 2B, ya. 3A 2B. inilah salah satu sikap yang saya cuba kikis dalam diri tetapi masih tegar. mungkin masa akan menentukan segalanya.
dengan berbekalkan keazaman yang kuat, saya berhasrat untuk mencipta satu kejayaan yang gemilang dalam PMR, belajar daripada pengalaman lalu, saya mengambil peluang sebanyak 3 tahun sejak dari tingkatan 1 untuk belajar bersungguh- sungguh. Alhamdulillah, kerja keras saya berbaloi dan sekaligus melenyapkan kenangan-kenangan hitam sepasa menerima keputusan UPSR dahulu. saya berpeluang untuk meneruskan pelajaran dalam aliran sains tulen yang sememangnya merupakan impian saya sejak berada di peringkat menengah rendah lagi.
motif utama saya mengutarakan tajuk kegagalanpada hari ini adalah kerana hari ini, ya hari ini, saya menemui SATU kegagalan lagi. saya baru sahaja merima senarai kedudukan pelajar untuk peperiksaan pertengahan tahun.amat mendukacitakan, walaupun saya mendapat 6A dalam peperiksaan ini, saya medapat tempat ke-21 di dalam kelas.ya, saya sangat sedih.saya berharap keputusan yang saya lihat merupakan satu kesilapan. saya benar-benar ingin menjadi paling kurang sepuluh terbaik di dalam kelas.
namun, dalam masa yang sama, saya berazam agar keputusan peperiksaan percubaan SPM, adalah sepuluh kali ganda lebih baik daripada kali ini. dan saya yakin, KEGAGALAN YANG BARU SAYA TEMPUHI AKAN MENGAJAR SAYA ERTI KEJAYAAN ESOK HARI.
Tunggu dan lihat,
SALAM MESRA

0 Comments:
Post a Comment
<< Home