BERAKHIRLAH SEBUAH PERJUANGAN
Tanpa saya sedari, detik berlalu semakin pantas. Hampir sebulan lamanya saya meninggalkan meja plastik berwarna biru di dewan peperiksaan SPM. Segalanya telah menjadi sebuah sejarah yang bernoktah. Bagi saya, apa yang saya usahakan selama ini telah sampai ke titik akhirnya. keputusan SPM yang bakal diumumkan suatu hari nanti, biarlah dilupakan seketika kerana saya benar-benar ingin melapangkan fikiran saya yang runsing ini.
Mengapa fikiran saya runsing? sebenarnya, sejak bermulanya cuti persekolahan , saya diheret pelbagai masalah. Saya sendiri yang mencipta permasalahan tersebut.Saya sedar dan yakin bahawa segalanya berpunca daripada diri saya sendiri tetapi mengapa SAYA??
Agaknya, saya lebih selesa berada disekolah. Walaupun semua orang beranggapan cuti adalah masa paling berharga untuk dihabiskan di rumah sendiri, saya pula memilih untuk berada di sekolah. Malangnya, saya tidak mungkin digelar pelajar sekolah lagi atas dasar usia yang semakin menginjak dewasa.
Oh, tidak mengapa, biarlah segalanya ditentukan masa. Kepada yang membaca, sudilah kiranya mendoakan kejayaan saya dalam SPM tahun ini.
SALAM KESUNYIAN

0 Comments:
Post a Comment
<< Home