cetusan nurani

Sunday, January 14, 2007

TAHUN BARU, AZAM BARU ?

Selamat menyambut kehadiran tahun baru 2007 walaupun saya mengucapkannya pada hari ke-15. Bagi saya, permulaan tahun 2007 tidak ada bezanya dengan permulaan tahun- tahun terdahulu. Manusia akan tetap mengungkapkan azam-azam baru, tidak kurang juga yang berharap azam-azam lama dapat dilunaskan dengan segera.

Wah, anda juga tentu mempunyai azam baru bukan? Tentu kala ini jiwa anda berkobar-kobar untuk membuka dimensi baru bagi tahun ini. Saya hormati apa yang anda lakukan tetapi ITU BUKAN SAYA. Saya pelik dan kadangkala berfikir sendiri mengapa saya tidak mempunyai sebarang azam tahun baru. Sebenarnya, saya mempunyai pandangan sendiri mengenai apa itu azam. Saya memberi definisi peribadi mengenai istilah azam tersebut.

APA ITU AZAM BAGI SAYA?

Secara peribadi, saya menganggap azam adalah sesuatu yang kita inginkan tetapi hampir 99% daripada azam tersebut mustahil untuk menjadi kenyataan. ya, MUSTAHIL. Kerana jarang ada insan yang menanam azam berdasarkan kemampuan mereka. Azam yang dibuat sepatutnya menepati jangkauan diri kita sendiri. Janganlah kita memandang terlalu jauh sehingga kita sendiri ragu-ragu dengan kemampuan diri. Cuba anda bayangkan jika seorang pakar komputer berazam untuk menjadi seorang penggali kubur , tentu pelik bukan? Ironinya, kitalah pakar komputer tersebut. Tanpa kita sedari, kita seringkali menanam azam setinggi gunung tetapi usahanya secetek lautan mati. Jangan nafikannya! Ingat, kerugian paling besar bagi seorang manusia ialah apabila mereka menipu diri mereka sendiri.

Untuk tahun 2007, situasinya tetap sama. Saya masih lagi FATIN FASEEHA yang dulu. Tiada azam melingkari kehidupan saya . Cuma, impian itu datang tatkala saya mahukan sesuatu dan usaha drastik akan saya lakukan sesaat selepas saya mengimpikannya. Saya tidak menyuruh anda meniru cara saya, cuma renungkanlah, banyak masa kita terbuang untuk menanam azam yang sia-sia.

TUTUP MATA ANDA, RENUNGKAN SEJENAK APA YANG ANDA DAPAT SELEPAS JUTAAN AZAM YANG ANDA BINA?

JADILAH SESIAPA YANG ANDA MAHU TAPI IMPILAH APA YANG ANDA MAMPU

sedikit BUKAN BERMAKNA miskin, BANYAK bukan bermakna KAYA

SALAM TAHUN BARU